Pentingnya pemimpin wanita dalam masyarakat
menurut Islam adalah kerana agama ini mengakui kesetaraan jantina dan
memberikan kesempatan bagi wanita untuk memberi sumbangan dalam kepemimpinan.
Allah SWT berfirman dalam Surah Ali-Imran,
ayat 195 yang bermaksud: "Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya
(dengan berfirman), 'Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang yang
beramal di antara kamu, baik laki-laki mahupun perempuan, (kerana) sebahagian
kamu adalah (keturunan) dari sebahagian yang lain. Maka orang yang berhijrah,
yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang
berperang dan yang terbunuh, pasti akan Aku hapus kesalahan mereka dan pasti
Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,
sebagai pahala dari Allah. Dan di sisi Allah ada pahala yang baik."
Pada ayat ini kita dapat memahami
bahawasanya Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana, Allah memuliakan seluruh hamba-Nya
yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.
Sebagai pemimpin, wanita dapat membawa
perspektif yang berzeda, mengatasi isu-isu yang lebih sensitif, dan menciptakan
keseimbangan dalam pengambilan keputusan.
Dalam saf kepimpinan peringkat menteri
terdapat beberapa wanita diberi kepercayaan menjadi menteri dan timbalan
menteri. Bahkan di Malaysia pernah ada wanita menjawat jawatan timbalan perdana
menteri. Prestasi mereka setanding pemimpin lelaki.
Di luar negara, terdapat wanita yang
menjadi perdana menteri di negara berkenaan. Mereka memimpin dengan cemerlang
dan membawa banyak kebaikan kepada negara masing-masing.
Salah satu contoh pemimpin wanita Islam
yang berjaya membawa perubahan adalah Fatimah al-Fihri, seorang wanita
berpengaruh dari abad ke-9.
Dia mendirikan Masjid-Universiti
al-Qarawiyyin di Fes, Maroko, yang menjadi salah satu universiti tertua yang
masih beroperasi sehingga sekarang.
Prestasinya dalam pendidikan dan kepimpinan
telah memberikan impak positif kepada masyarakatnya dan menerangi jalan bagi
wanita berperanan dalam kepemimpinan di dunia Islam.
No comments:
Post a Comment