Saturday 27 January 2024

KICAP CAP KIPAS UDANG JENAMA MUSLIM

 
Kicap cap Kipas Udang merupakan syarikat yang dikendalikan sepenuhnya oleh muslim bumiputera yang berpangkalan di Johor Bahru, Johor. Ia keluaran HABHAL’S Cap Kipas Udang yang dimiliki 100 peratus milik muslim bumiputera di bawah syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn. Bhd.
 
Operasi syarikat amat menitikberatkan kebersihan serta mengikut piawaian antarabangsa dalam sistem pengurusan kualiti iaitu ISO 9001.
 
Produk keluaran HABHAL’S Cap Kipas Udang mempunyai sijil Halal daripada Jabatan Agama Islam (Fast Track).
 
Pihak syarikat sentiasa mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi tujuan melindungi orang awam khususnya dari segi kebersihan dan keselamatan produk yang digunakan.
 
Sejarah penubuhan syarikat pengeluar kicap Cap Kipas Udang di Malaysia sering dikaitkan dengan pengasasnya, Datuk Lambak Mohamad.
 
Datuk Lambak ialah seorang ahli perniagaan terkenal asal Johor. Beliau meninggal dunia pada usia 100 tahun pada tahun 2020.
 
Namun tahukah anda, misteri pencipta sebenar kicap yang dicintai ramai itu sebenarnya terletak pada jenamanya iaitu HABHAL’S.
 
HABHAL’S adalah ringkasan nama pengusaha kicap yang terkenal di nusantara sebelum zaman kemerdekaan iaitu Haji Ahmad Bin Haji Abdul Latif.
 
Pada tahun 1945, Ahmad yang lahir di Tengkera (Melaka) namun membesar di Singapura itu membuat keputusan untuk membeli sos soya daripada seorang peniaga Cina. 
 
Ahmad kemudiannya mengolah bahan-bahan dan perisa tambahan kepada sos tersebut sebelum terciptanya sos kicap yang ada sekarang.
 
Selepas Ahmad meninggal dunia, perniagaannya diambil alih oleh anaknya, Zaini sebelum diteruskan oleh isterinya, Hajjah Saadiah binte Buyong.
 
Operasi kicap HABHAL’S ini dipindahkan ke Lorong Pemuda (Kampong Melayu Majidee, Johor) pada tahun 1981 di bawah syarikat Jalil Enterprise.
 
Pengasas Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd, Datuk Lambak kemudian mengambil alih perniagaan itu dari syarikat Jalil Enterprise pada tahun 1886.
 
Datuk Lambak memulakan operasi pengeluaran kicap HABHAL’S Cap Kipas Udang di Malaysia bertempat di Jalan Tahana, Johor sehingga kini.

No comments:

Post a Comment