Buah berembang boleh dimakan. Pokok yang banyak tumbuh di
kawasan tepi sungai dan tepi laut ini juga yang memanggilnya buah gedabus, buah
pedada dan buah perepat. Buah berembang berbentuk bulat yang agak leper dan kulitnya
licin. Kulitnya seakan berminyak berkilat apabila matang dan mengandungi
biji yang sangat banyak.
Buah berembang rasanya masam. Buah berembang muda boleh
dibuat sayur atau dimakan sebagai colek dicicah dengan garam atau kicap
bercampur cili api dan sedikit gula.
Buah berembang muda juga boleh dibuat sambal dan dimakan
bersama nasi. Buah berembang muda berasa lemak-lemak masam dan ada mengatakan
rasanya seperti keju. Ia juga boleh dijadikan sirap dan jem dengan cara memasaknya.
Pucuk muda berembang dimakan mentah atau dicelur dan boleh
dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain.
Pokok berembang mungkin terlalu biasa pada pandangan
masyarakat Malaysia. Kini terdapat nama-nama kampung yang mana terdapat pokok
berembang lalu mereka namakan "Kampung Berembang" dan "Kampong
Perepat".
Tumbuhan ini perlu dipelihara dari kepupusan kerana ia
membekalkan persekitaran seimbang dalam ekosistem kita. Sering berlaku konflik
untuk menebang kawasan rizab sungai atau laut bagi projek perumahan, kolam
udang dan lain-lain projek yang memusnahkan pokok berembang.
