Lebuh raya melalui terowong bawah tanah sudah perkara biasa,
termasuk menembusi kawasan berbukit. Tetapi, agak unik jika lebuh raya
"menembusi" menara bangunan. Inilah perkara benar berlaku di Jepun.
Lebuh Raya Hanshin di Osaka, dibina melalui Menara Gate
mempunyai kisah yang mencerita hasrat kerajaan dengan kuasa pemilik tanah.
Kisahnya bermula pada tahun 1980-an.
Ketika kerajaan Jepun merancang membina lebuh raya baharu
merentasi tengah kota, mereka tersangkut dengan satu masalah pelik. Tanah yang
mereka hendak gunakan sudah dimiliki oleh pemilik persendirian yang tidak mahu
berganjak menyerahkan miliknya untuk dijadikan sebahagian laluan lebuh raya.
Pemilik tanah sudah ada perancangan sendiri hendak membina
bangunan di tapak tanah itu. Kerajaan pula tidak boleh ubah laluan lebuh raya
sesuka hati. Maka bermulalah satu pertarungan panjang di mahkamah dan meja
rundingan.
Atas semangat kompromi dan kejuruteraan datang bergandingan,
pada tahun 1989, kedua-dua pihak capai kata sepakat. Kerajaan dapat teruskan
lebuh raya. Pemilik tanah pula tetap boleh membina bangunan impian mereka.
Kebijaksanaan jurutera mereka bentuk lebuh raya yang lalu
tengah-tengah bangunan, tapi tanpa sentuh struktur utama. Lebuh raya itu
berdiri atas tiang dan sistem sokongan sendiri.
Untuk mengelak gangguan, mereka pasang penebat bunyi dan
getaran. Malah lif dalam bangunan itu terus lompat dari tingkat empat ke lapan,
memintas tiga tingkat yang “dipinjamkan” kepada lebuh raya.
Struktur ini bukan gimik. Ia dibina supaya tahan gempa,
sesuai dengan keadaan geografi Jepun. Ia hasil gabungan teknologi, kreativiti
dan kompromi yang matang. Hasilnya sangat kemas. Seolah-olah memang direka
begitu sejak awal.
Projek ini siap sepenuhnya pada tahun 1992. Sejak itu, Gate
Tower Building jadi satu ikon bandar Osaka. Ia bukan sahaja buat pelancong
terpegun, tetapi juga jurutera seluruh dunia yang datang untuk belajar
bagaimana manusia selesaikan konflik ruang sesempit ini.
Menara Gate bukan hanya menarik secara fizikal. Ia ada nilai
simbolik. Ia ajar kita bahawa apabila kita kreatif, berani dan berlapang dada,
ruang akan sentiasa ada.
Inilah bukti bahawa akal fikiran manusia, apabila diasah dengan
kesabaran dan ilmu, mampu cipta keajaiban tanpa perlu menindas.
Kredit penulis asal.
No comments:
Post a Comment