Pada
Hari Raya Aidilfitri, kita dianjurkan mengucapkan "taqaballahu minna wa
minkum" yang bermaksud "semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan
kamu”.
Selain
itu, sudah menjadi kebiasaan kita saling mengucapkan "minal aidin wal
faizin" yang bererti"semoga Allah menjadikan kita orang kembali
(fitrah) dan beroleh kemenangan yang besar".
Diceritakan
bahawa mengucapkan minal aidin wal faizin itu adalah kebiasaan para sahabat di
zaman dahulu kerap mengucapkan kata-kata itu apabila mereka kembali dari medan
perang dengan mengibarkan bendera kemenangan.
Namun,
dalam masyarakat kita, ucapan yang lebih kerap diucapkan ialah ungkapan
"selamat hari raya". Tidak salah ucapan itu, tetapi dalam segi
maksudnya tidak membawa apa-apa erti. Kosong. Justeru lebih elok kita ucapkan
"taqaballahu minna wa minkum" dan "minal aidin wal faizin".
Pada hari mulia ini masa yang paling baik untuk
bermaaf-maafan. Segala yang keruh dibuang, sebaliknya ambillah yang jernih.
Islam amat mengutamakan amalan memberi kemaafan untuk melahirkan hidup yang
sejahtera dan harmoni. Dosa melibatkan sesama manusia hanya terampun jika
mendapat kemaafan daripada orang berkaitan.
Hakikatnya, amalan bermaaf-mafaan tidak hanya terhad pada
Aidilfitri. Islam menganjurkan agar kemaafan terus dipinta sekiranya telah
melakukan kesalahan. Kaitan amalan bermaafan pada hari raya sebagai menzahirkan
kebersihan diri daripada dosa hasil melaksanakan ibadat puasa.
Sebenarnya sambutan Aidilfitri hanya pada 1 Syawal. Pada
2 Syawal dan hari seterusnya sudah dibenarkan berpuasa sunat Syawal dan
puasa-puasa sunat lain, termasuk puasa ganti. Kebiasannya penganut Islam di
negara-negara Arab hanya menyambut Aidilfitri pada 1 Syawal, atau jika
diteruskan lagi sekadar untuk dua tiga hari.
Bagaimanapun tidak dilarang untuk terus menyambut atau
melakukan acara yang dikaitkan dengan sambutan Aidilfitri selepas tarikh 1
Syawal selagi apa yang dilakukan itu tidak bertentangan syariat.
Namun apa yang ditakuti ialah kecenderungan masyarakat
kita beraya sakan sepanjang bulan Syawal. Malah ada yang mengaitkan sambutan
sebulan itu sebagai satu tuntutan agama. Sekiranya berpuasa sepanjang bulan
Ramadan, maka dikatakan sepanjang Syawal pula untuk berhari raya. Lirik sebuah
lagu raya berbunyi 'kita beraya selama sebulan'.
Raya
disambut meriah termasuk di kalangan mereka yang tidak berpuasa. Mereka
menyambut Aidilfitri bukan kerana melaksanakan ibadat puasa, tetapi bergembira
tidak perlu lagi makan sembunyi-sembunyi pada tengah hari.

No comments:
Post a Comment