Seorang pemimpin
hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh melarikan diri dari
menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang pemimpin rakyat, maka dia harus
turun ke medan menemui rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka. Rakyat
hendaklah dilayani dengan adil dan saksama.
Seorang pemimpin hendaklah sentiasa peka dan berwaspada terhadap pelbagai
manusia yang keluar masuk kepadanya dan yang ada di sekelilingnya, lantaran itu
hendaklah ia mengambil penasihat-penasihat dari kalangan orang-orang yang
baik-baik, ikhlas lagi dipercayai dari kalangan ulamak dan orang yang bijak
pandai.
Rasulullulah pernah mengingatkan kita dengan sabdanya, bermaksud:
"Tidak ada seorang nabi diutuskan Allah dan tidak ada pula seorang
pemimpin yang diangkat kecuali mereka mempunyai dua jenis teman rapat; teman
rapat yang menyuruhnya dan yang mendorongnya berbuat kebaikan dan selalu
mendorongnya untuk berbuat baik sedangkan teman yang satu lagi menyuruhnya
membuat kejahatan serta mendorongnya berbuat kejahatan.
"Orang yang
terpelihara sebenarnya ialah orang yang mendapat jagaan dan pemeliharaan
daripada Allah." (Hadis riwayat Bukhari)
Seorang pemimpin hendaklah bersikap jujur dan mesra dengan masyarakat atau
orang bawahannya serta memberi layanan yang adil kepada semua tanpa memilih
kasih.
Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang disayangi oleh rakyat atau orang
bawahannya. Oleh itu seorang pemimpin hendaklah memupuk kesetiaan masyarakat
kepada kepimpinannya dan jangan melakukan sesuatu yang melemahkan kepercayaan
mereka dan kesetiaan mereka.
Gambar sekadar hiasan

No comments:
Post a Comment