Wednesday, 25 June 2025

AMERIKA SYARIKAT NEGARA TERBESAR PENGELUAR MINYAK

 
Pada tahun 2017, Amerika Syarikat telah berjaya menjadi negara pengeluar minyak terbesar di dunia mengatasi Arab Saudi. Kedudukan itu terus kekal sehingga ke hari ini.
 
Amerika Syarikat mencari gali minyak di kawasan dataran, bukan di lautan seperti Malaysia.  Hampir 70 peratus pengeluaran minyak mentah di Amerika Syarikat terhasil daripada lima kawasan iaitu dari Texas, New Mexico, Dakota Utara, Alaska dan Oklahoma.
 
Cari gali minyak di Amerika Syarikat menggunakan kaedah penggerudian "fracking". Fracking adalah satu proses yang melibatkan penggerudian ke dalam tanah dengan menyuntikkan campuran air, pasir dan agen penebat yang bertekanan tinggi.
 
Amerika merupakan negara pertama yang menggunakan teknologi dan kaedah penggerudian jenis ini.
 
Walaupun Amerika Syarikat adalah negara pengeluar terbesar petrolium, negara itu juga adalah negara terbesar jumlah penggunaan minyak di dunia. Jumlah penggunaan melebihi jumlah pengeluaran.
 
Menurut Badan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA), pada tahun 2021, Amerika Syarikat mengimport kira-kira 6.11 juta tong minyak mentah setiap hari, menjadikan negara tersebut adalah negara pengimport minyak terbanyak di dunia.
 
Untuk memenuni keperluan tersebut, Amerika Syarikat perlu mengimport minyak. Negara tersebut mengimport minyak dari Kanada dan juga Mexico untuk penggunaan domestiknya.

No comments:

Post a Comment