Monday 6 July 2020

KEBAIKAN KHASIAT BARLI SUMBER FIBER KAWAL KADAR KOLESTEROL


Barli banyak digunakan semenjak zaman dahulu kala, 10,000 tahun duhulu sebagai makanan ruji dan mempunyai banyak khasiat perubatan.

Digunakan semenjak zaman tamadun kuno Greek dan China untuk memberi tenaga dan mengenyangkan kepada atlit kerana mengandungi bahan fiber yang tinggi terutamanya selenium, juga salah satu antioxida yang natural.

Antara kebaikan barli:
- Dapat membantu mengawal dan mengurangkan kadar kolesteral darah LDL (kolesteral yang tidak baik).
- Membantu menstabilkan glukosa dalam darah.
- Membantu menjaga dan membersihkan intestinal tract atau usus didalam perut.
- Sumber fiber, vitamin, mineral, phospuras, niacin & vitamin B, baik untuk membantu mengurangkan risiko cardiovascular factor penyakit serius.
- Membantu mengawal penyakit gallstone seperti batu dalam hempedu.
- Garam mineral dalam barli dapat membantu mengurangkan penyakit seperti arthiritis, sakit tulang dan otot, baik pulih sel-sel dalam badan dan meningkat imuniti atau antibodi badan.
- Membantu menjaga dan membersih organ dalaman.
- Menyejukkan dan mengurangkan suhu badan dengan lebih cepat jika demam.


No comments:

Post a Comment