Dhab
adalah sejenis biawak padang pasir. Namun berbeza dengan biawak spesis lain,
dhab adalah spesis yang halal dimakan umat Islam dan biasanya menjadi makanan
penduduk di negara Asia Barat khususnya padang pasir seperti Mesir dan Arab
Saudi.
Dhab
dipercayai berkhasiat dari segi kesihatan. Disebabkan permintaan yang tinggi di
negara kita untuk tujuan rawatan dan khasiat yang dipercayai antara lain mampu
meningkatkan tenaga seksual lelaki, harga seekor dhab yang sudah matang
mencecah RM5,000 seekor.
Dhab
dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang hingga mencecah ratusan tahun. Walaupun
tempoh tumbesarannya agak lambat, seekor dhab betina yang mencapai usia matang
iaitu tujuh tahun mampu menghasilkan 20 hingga 70 telur.
Untuk
memenuhi permintaan dhab di negara kita ada usaha penternakan secara komersial
dilakukan.
Biarpun
habitat asal dhab di padang pasir, untuk menternaknya tidaklah begitu sukar
memandangkan ia hanya memakan sayur-sayuran yang tinggi kadar air serta
kekacang sebagai sumber protein selain daya ketahanannya yang tinggi khususnya
apabila cuaca panas dan kering.
Haiwan
pemangsanya juga tidak banyak serta dapat hidup bersama haiwan berbisa seperti
kala jengking dan ular. Haiwan pemangsa dhab yang diketahui hanyalah burung
helang.
No comments:
Post a Comment