Semangat kesukarelawan atau melakukan sesuatu dengan rasa semangat sukarela tanpa mengharap upah atau ganjaran perlu diperkasakan di kalangan rakyat, terutama golongan muda. Golongan muda boleh melakukan pelbagai jasa kepada negara melalui semangat sukarelawan untuk menyumbang kepada kepentingan komuniti dan negara secara keseluruhan.
Amalan itu menjadikan mereka individu tidak pentingkan diri, individu yang mementingkan masyarakat dan individu lain yang boleh kita banggakan.
Belia harus digalakkan menjalankan aktiviti kesukarelawanan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dalam keperluan dan kumpulan sosial.
Sukarela bermakna melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah dengan niat ikhlas atau setulus kudus dan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri.
Amalan sukarela adalah nilai murni. Malah, sukarelawan dianggap suci kerana itulah setiap yang terbabit dalam kerja sukarela, sama ada secara individu ataupun berkumpulan, sama ada secara sistematik ataupun tidak dan sama ada sumbangannya besar ataupun kecil, tetap dianggap kerja terpuji.
Kerja sukarela juga adalah satu daripada nilai yang disanjung tinggi yang memungkinkan manusia terus hidup secara bermasyarakat dan berkongsi erti kemanusiaan dalam erti kata sebenar, dari dulu hingga sekarang dan diyakini akan sampai pada bila-bila.
Sukarelawan
yang sebahagiannya belia, adalah insan berbudi yang sebahagiannya tidak
dikenali kerana tidak diberi publisiti dan tidak pula mencari publisiti.
Mereka menaburkan kesan abadi yang tidak terhitung di tengah kehidupan manusia,
sama ada sebagai pemberi manfaat dan nikmat, perintis perkhidmatan, penggerak
kesedaran, penyambung suara rakyat dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment