Friday, 6 June 2025

KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL

 
Kapal Diraja (KD) Laksamana Tun Abdul Jamil ialah kapal perang kelas korvet dalam Skuadron Kapal Korvet Ke-24 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Dinamakan sempena tokoh tersohor Kesultanan Johor iaitu Laksamana Tun Abdul Jamil.
 
Dibina di di Limbungan Fincantieri Marghera, Itali pada tahun 1982 untuk Tentera Laut Iraq, kapal ini tidak pernah diserahkan susulan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika Perang Teluk 1990 melibatkan Iran dan Iraq..
 
Kapal itu tersadai biarpun telah disiapkan. Malaysia kemudian membeli kapal ini pada tahun Oktober 1995 dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM pada 28 Julai 1997. 

Majlis pentauliahan telah disempurnakan oleh Datin Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin, isteri kepada Menteri Pertahanan ketika itu. Diletakkan di dalam Skuadron Korvet Ke-24 di bawah unit Flotila Serang.
 
Sejak itu, kapal ini telah mencatatkan jarak pelayaran sebanyak 486,487.1 batu nautika merangkumi pelbagai jenis eksesais dan latihan.
 
KD Laksamana Tun Abdul Jamil dilucutkan tauliah pada 5 Jun 2025 dalam satu majlis istiadat penuh tradisi ketenteraan yang berlangsung di Tambatan Pangkalan Lumut, Pangkalan TLDM Lumut.
 
Istiadat penuh tradisi tentera laut tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain.

No comments:

Post a Comment