Friday, 6 June 2025

KD LAKSAMANA TAN PUSMAH

 
Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah merupakan kapal korvet dalam Skuadron Kapal Korvet Ke-24 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM pada 31 Julai 1999 oleh Yang Mulia Tunku Maziah binti Tunku Mustapha, isteri kepada Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu.

Dinamakan sempena tokoh tersohor Kesultanan Perak iaitu Laksamana Tan Pusmah. Diletakkan di dalam Skuadron Korvet Ke-24 di bawah Flotila Serang.
 
Kapal jenis korvet yang asalnya dipesan oleh Tentera Laut Iraq, dibina di Limbungan Fincantieri Marghera, Itali pada 1982. 
 
Penyerahan kapal ini disekat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akibat Perang Teluk Pertama (Iran dan Iraq) pada 1990 menyebabkan kapal tersadai sehingga pihak limbungan membuat tawaran untuk menjualnya. Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membeli kapal pada Februari 1997.

Sepanjang perkhidmatannya, kapal ini aktif dalam operasi pengawasan maritim, rondaan pengawasan, menjalani latihan di peringkat tempatan dan antarabangsa serta penguatkuasaan undang-undang maritim negara.
 
KD Laksamana Tan Pusmah telah mencatatkan jarak pelayaran sebanyak 315,907.6 batu nautika.
 
Dilucutkan tauliah pada 5 Jun 2025 dalam satu majlis istiadat penuh tradisi ketenteraan yang berlangsung di Tambatan Pangkalan Lumut, Pangkalan TLDM Lumut.
 
Istiadat penuh tradisi tentera laut tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain.

No comments:

Post a Comment