Friday, 6 June 2025

KD PENDEKAR

 
Kapal Diraja (KD) Pendekar merupakan kapal dalam Skuadron Kapal Pembinasa Laju Pertama (FAC 1). Ia antara platform tempur permukaan terawal dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
 
KD Pendekar dibina oleh Karlskrona Varvet Shipyard, di Sweden. Kapal ini dilancarkan pada 11 November 1978 dan ditauliahkan pada 21 Ogos 1979.
 
Dinamakan KD Pendekar sesuai dengan keupayaan persenjataan dan ketangkasan reka bentuknya.
Sepanjang lebih empat dekad perkhidmatan, KD Pendekar telah melaksanakan pelbagai operasi termasuk rondaan pengawasan, penguatkuasaan maritim serta eksesais bilateral dan multilateral.
 
Kapal ini telah mencatatkan jarak pelayaran sebanyak 820,077.64 batu nautika dan menjadikannya antara aset TLDM yang paling banyak beroperasi di lautan.
 
Dilucutkan tauliah pada 5 Jun 2025 dalam satu majlis istiadat penuh tradisi ketenteraan yang berlangsung di Tambatan Pangkalan Lumut, Pangkalan TLDM Lumut.
 
Istiadat penuh tradisi tentera laut tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain.

No comments:

Post a Comment