Kamus
Dewan Edisi Keempat mendefinisikan takrif maksud Melayu sebagai nama suatu
bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk Melayu a) mengikut
cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu:
Melayu istilah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yang memperlihatkan
keperibadian orang Melayu: suasana kampung yang masih terikat erat dengan
tradisi dan adat-istiadat Melayunya; golongan yang mahu unsur Melayu
diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dan sebagainya) memelayukan: Melayu
istilah.
Manakala
Kamus Pelajar Edisi Kedua pula mendefinisikan Melayu sebagai nama asal bangsa
yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya. Nama
suku bangsa, terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu: masuk Melayu mengikut
cara hidup orang Melayu. memelayukan menterjemahkan ke bahasa Melayu.
kemelayuan sifat atau ciri yang menunjukkan keperibadian Melayu.
Perkara
160 (2) Perlembagaan Persekutuan memperincikan definisi 'Melayu' sebagai
seseorang yang beragama Islam, mengamalkan adat dan budaya Melayu, melazimi
pertuturan dalam bahasa Melayu dan a) lahir sebelum Hari Merdeka, di
Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di
Persekutuan, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan
atau Singapura; atau b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
Justeru,
jika salah satu daripada syarat tersebut tidak dipenuhi maka seseorang itu
tidak diiktiraf sebagai Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan.
Sebagai
contoh, sekiranya seseorang Melayu menjadi murtad atau keluar agama Islam,
secara automatik orang tersebut tidak lagi dianggap Melayu menurut
undang-undang dan akan terlucut daripadanya hak-hak keistimewaan Melayu yang
dinikmatinya sebelum ini.
Secara
tidak langsung, definisi Melayu sebagai Muslim dari satu sudut, dilihat dapat
memelihara akidah Islam orang Melayu agar tidak menajdi murtad.
Namun,
dari sudut yang lain, terdapat kecenderungan dalam kalangan masyarakat untuk
mengaitkan Melayu dengan Islam dalam semua perkara sehingga ke tahap ada yang
mengatakan jika seseorang memeluk Islam ia seolah-olah 'masuk Melayu'.
Tidak
dapat dinafikan, sentimen 'Melayu itu Islam' dan 'Islam itu Melayu' yang begitu
tebal di dalam masyarakat Malaysia adalah disebabkan definisi Melayu sebagai
Muslim dan kerana kaum Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia.
Melayu
layak menikmati hak-hak istimewa Melayu sebagaimana diperuntukkan di bawah
Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.
Perkara
153 tersebut antara lain, memperuntukkan hak-hak istimewa orang Melayu
melibatkan kuota-kuota khas di dalam perkhidmatan awam, biasiswa persekutuan,
lesen perniagaan dan enrolmen di dalam institusi pengajian tinggi awam.
Selain
itu, terdapat juga hak-hak istimewa lain seperti kelayakan pemilikan tanah
Rizab Melayu dan pelaburan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Maka
itu, berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan, amat penting Melayu
memperjuangkan kedudukan Melayunya.
Dalam
konteks penilaian sekarang, Melayu mesti Islam. Kalau setakat tidak fasih
berbahasa Melayu tidak ada siapa hendak mempertikaikan sama ada dia Melayu atau
tidak.
Pun
begitu, Islam tidak sekadar pada nama Melayu. Islam bukan setakat pada
pengakuan bahawa dia adalah Islam. Islam mesti dibuktikan dengan amalan. Inilah
yang menjadi persoalan adakah orang Melayu sekarang ini Islam?
Perkara
ini dibangkitkan kerana banyak orang Melayu sekarang ini hanya Islam pada nama.
Sedangkan cara hidup dan amalan yang dilakukan seharian jauh daripada apa yang
dianjurkan oleh Islam.
Maka
itu, dalam kita mencari kebenaran bahawa Melayu itu Islam, perlu juga kita
melihat kepada perlaksanaan peraturan atau cara hidup yang berkaitan dengan
penganut agama Islam. Kita tidak mahu Islam hanya pada nama sahaja.
No comments:
Post a Comment