Tuesday, 16 January 2018

Kegunaan tawas hilang bau badan, rawat air

 
Tawas digunakan untuk menghilangkan bau badan secara semula jadi. Bau badan akan hilang serta merta apabila disapu dengan tawas. Tawas akan nyah bau yang tidak menyedangkan pada bahagian badan.

Tawas adalah kelompok garam terhidrat berupa kristal. Ia bahan semula jadi seperti garam dan mineral lain. Memandangkan bentuknya seperti batu, maka ia lebih dikenali sebagai batu tawas. 

Batu tawas telah digunakan sejak zaman dahulu untuk pelbagai tujuan atau kegunaan seperti menghilangkan bau badan, merawat air dan penjagaan diri.

Antara kegunaan tawas ialah;
- Untuk mengatasi masalah bau badan, terutama bawah ketiak.
- Mencerahkan kulit bawah ketiak dan celah paha.
- Melembutkan bahagian bawah ketiak dan celah paha.
- Menghilangkan bulu-bulu halus di badan.
- Mengurangkan rasa gata di bahagian badan.
- Antibakteria

Kegunaan tawas:

Menghilangkan bau badan tidak menyenangkan, terutama bawah ketiak.  

Cara menggunakan tawas ketul.
- Basahkan batu tawas dan kawasan badan berkenaan.
- Sapukan tawas di kawasan berkenaan.
- Sesuai diamalkan selepas mandi ketika bahagian badan masih basah.
- Selepas disapu dengan tawas, tidak perlu lap.
- Biarkan kering dengan sendiri.
- Boleh digunakan berulang kali

Cara menggunakan tawas serbuk
- Dilumurkan terus ke bahagian kulit seperti penggunaan bedak.
- Boleh juga dicampurkan dengan air dan dibiarkan larut.
- Gunakan larutan itu untuk disapu di bahagian badan.
- Larutan itu juga boleh dimasukkan ke dalam penyembur
- Kemudian disemburkan di bahagian badan.

Tawas juga digunakan sebagai bahan penjagaan badan;
- Mencerahkan kulit bawah ketiak dan celah paha.
- Melembutkan bahagian bawah ketiak dan celah paha.
- Menghilangkan bulu-bulu halus di badan.
- Mengurangkan rasa gatal di bahagian badan.
- Antibakteria

Merawat atau menghilangkan masalah air berbau dan keruh.

- Ambil kira-kira 200 gram tawas dan dimasukkan di dalam telaga.
- Biarkan ia larut.
- Untuk mudah larut, guna tawas dalam bentuk hancur atau serbuk.
- Elok jika dilarutkan dahulu dalam baldi dan dicurahkan ke dalam telaga
- Tunggu sehingga tiga hingga empat jam untuk lihat keberkesannnya. 
Jika masih tidak elok, boleh tambah tawas lagi.
- Boleh digunakan untuk telaga, kolam, telaga tiub dan tangki. 
- Ia juga digunakan untuk “membersihkan” kolam ternak ikan.

Tawas juga digunakan untuk membilas buah dan sayur-sayuran agar tahan segar lebih lama.

Makanan yang dicampurkan dengan sedikit tawas akan menjadikan ia tidak cepat basi. Selain itu, tawas dimasukkan ke dalam adunan membuat kuih agar lebih kenyal dan tahan lama.  

Tawas digunakan dalam proses menjeruk buah-buahan agar buah kekal ranggup dan kenyal.

Dengan kata lain, tawas banyak kegunaan seperti juga garam. Ia tidak membahayakan kesihatan jika tidak digunakan secara berlebih-lebihan.

Mudah kata, anggaplah penggunaannya seperti garam. Kalau menggunakan terlebih garam pasti mendatangkan kesan buruk. Begitu juga penggunaan tawas.

Dapatkan tawas

Di Shopee




 
Tawas ketul

Tawas hancur

Tawas serbuk halus

Tawas serbuk kasar

No comments:

Post a Comment