Wednesday, 24 January 2018

BANK PITIS KERAJAAN KELANTAN


Kerajaan Kelantan mempunyai bank khas untuk menyimpan wang perbendahaan negeri. Bank dikenali Bank Pitis adalah sebuah bangunan batu terletak di luar pintu masuk ke Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan.

Bangunan Bank Pitis berbentuk empat segi sama dengan berukuran 12 kaki lebar dan tingginya 12 kaki. Daun pintunya diperbuat daripada kayu cengal dan dipasang dengan tiga penyelak (kunci) yang diperbuat daripada besi.

Bangunan ini telah dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammaad III (Long Kundur bin Sultan Ahmad 1889-1890).

Bank Pitis dibina khusus untuk menyimpan pitis (wang) perbelanjaan negeri Kelantan pada masa itu. Kelantan menggunakan Pitih sebagai matawang sehingga tahun 1920.

No comments:

Post a Comment