Monday, 12 May 2025

WASILAH POLITIK SOLUSI

 
Satu majlis diadakan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-79 diadakan di Dewan Tun Hussein, WTC Kuala Lumpur pada 11 Mei 2025.
 
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, telah menekankan perlunya UMNO sebagai parti utama bagi orang Melayu untuk mengambil sikap pragmatik dan tidak lagi bergantung pada pendekatan lapuk yang statik dalam mendepani realiti lanskap politik Malaysia pada hari ini.
 
Beliau turut menggariskan tiga wasilah politik iaitu Politik Solusi, Politik Legasi dan Politik Moderasi sekiranya UMNO ingin kekal relevan dalam arus politik tanah air terutamanya pada golongan belia hari ini.
 
Justeru, mengambil semangat tersebut, sambutan ke-79 UMNO, turut dilangsungkan Majlis Konvokesyen Sekolah Politik UMNO yang julung-julung kali diadakan bagi pengambilan pertama Sekolah Patriotik UMNO yang melibatkan 48 orang graduan.
 
Tahniah kepada graduan Patriot 1 yang telah berjaya dan selamat maju jaya diucapkan kepada pengambilan kedua yang sedang menjalani latihan. Insyallah, langkah ini akan memastikan UMNO dan negara akan mempunyai generasi penerus demi perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air.

Baca juga:

No comments:

Post a Comment