Tuesday 7 April 2020

KHASIAT KURMA LULU

Kurma Lulu adalah kurma yang hampir menyerupai Kurma Ajwa atau Kurma Nabi dari rupa dan rasa. Kurma Lulu berasal dari Dubai UAE termasuk jenis kurma berkualiti premium.  

Disebabkan Kurma Lulu hampir dengan Kurma Ajwa, ada peniaga yang mengambil kesempatan mencampurkan kedua-dua jenis kurma tersebut dan mendakwa ia adalah Kurma Ajwa yang lebih berharga tinggi.

Justeru, jangan mudah tertipu dengan taktik kotor peniaga ingin mengaut untung besar dengan mudah. 

Kalau Kurma Lulu hampir sama dengan Kurma Ajwa dari segi rupa dan rasa, mengapa kita perlu memilih untuk membeli dengan harga yang mahal sedangkan ada yang lebih murah sedangkan rupa, rasa dan kualiti yang sama. Harga Kurma Lulu hanya separuh atau satu pertiga daripada harga Kurma Ajwa.

Bentuknya comel bulat, berwarna maroon gelap, berbanding Kurma Ajwa lebih hitam. Tekstur lebih lembut dan tidak berkilat. Rasanya enak dan tidak terlalu manis. Pun begitu, Kurma Lulu lebih manis sedikit berbanding Kurma Ajwa.

Kurma Lulu ini sesuai diisi dalam bekas/balang kecil untuk jadikan cendera hati untuk majlis perkahwinan, kesyukuran, atau majlis-majlis kenduri kecil.

Buah kurma dengan khasiat yang sama seperti kurma lain. Buahnya lebih kecil dan comel. Kurang manis. Digemari kanak-kanak.

Sepertimana kurma-kurma lain, Kurma Lulu kaya khasit dan amat sesuai untuk dijadikan makanan harian.

Antara khasiat kurma ialah:
- Anti oksidan.
- Sumber tenaga.
- Mencegah kanser usus besar.
- Untuk kesihatan jantung.
- Meningkatkan hormon testosteron.
- Mencegah anemia.
- Melancarkan proses bersalin.
- Membantu pertumbuhan gigi dan tulang.

- Kandungan nutrisi:
+ Vitamin (A, B, C dan E).
+ Mineral. + Zat besi.
+ Potasium.
+ Magnesium.
+ Mangan.
+ Protein.
+ Serat.
+ Karbohidrat.
+ Karbohidrat. 
 


No comments:

Post a Comment