Tuesday 9 January 2024

AMBIL PEKERJA KERANA SIMPATI

 
Tadi ada satu pasangan suami isteri umur sekitar 40-an datang kilang cari kerja. Suami isteri ni dulu sama-sama kerja kilang, hilang mata pencarian sebab kilang depa tutup.
 
Bahagian Sumber Tenaga Kerja (HR) kata sekarang ni takdak kerja kosong, semua jawatan penuh.
 
Kebetulan abang ada situ, tengok muka isteri dia dalam-dalam, abang tanya, "Abang dengan akak kalau jadi operator bahagian pengeluaran sambal boleh?"
 
Suami dia jawab, "Apa saja kerja boleh tuan."
"Okay esok pagi dua-dua datang kerja ya."
Senyum sampai telinga isteri dia.
 
Lepas diorang balik, HR abang tanya, "Nak letak mereka di bahagian mana? Semua penuh."
 
"Letak bahagian production, abang yakin esok lusa sales naik, mesti nak tambah orang lagi kan?"
 
Gitulah gais, abang hangpa ni pun bukan la senang sangat, tapi nak buat lagu mana, apa yang kita boleh buat, kuatkan sales. Lagi tinggi sales, lagi ramai orang kita boleh ambil bekerja.
 
Sumber – FB Syukor Majid
 
Catatan – Semoga Syukor Majid terus maju dan berjaya di dalam apa juga perniagaan yang dilakukan. Dengan ini, lebih banyak pekerja dapat digajikan. Inilah pentingnya adalah pengusaha yang bertanggungjawab, bukan sahaja mementingkan keuntungan semata-mata.

No comments:

Post a Comment