Penggunaan
pasu sebagai tapak semaian semakin berkembang. Jika dahulu pasu hanya digunakan
untuk menanam pokok bunga, kini penggunaan pasu turut melibatkan pokok
buah-buahan dan sayur-sayuran. Salah satu penggunaan pasu untuk tanaman ialah
tapak menanam tembikai.
Beberpa
langkah dalam penanaman tembikai dalam pasu:
SEMAIAN
- Sebelum disemai, rendam biji benih ke dalam air untuk melembutkan kulit biji benih supaya cepat bercambah.
- Semai terus dalam pasu/polybeg atau tray semaian.
- Gunakan tanah organik yang dicampurkan dengan sedikit pasir. Buat lubang dengan jari pada permukaan tanah di atas tray semaian. Seterusnya masukkan benih yang bahagian tajam ke bawah. Tutup benih dengan tanah. Siram dengan air secukupnya.
- Letakkan pasu/polybeg atau tray jauh dari cahaya matahari. Setelah seminggu. Benih akan bercambah. Tutup dengan platik hitam. Selepas 4 hari buka plastik hitam. Benih sudah mula bercambah.
PEMINDAHAN
ANAK POKOK
- Anak pokok sesuai dialihkan ke dalam bekas tanaman kekal atau pasu apabila setelah berusia 2 minggu atau paling tidak anak pokok telah mengeluarkan 6 helai daun.
- Berhati hati masa mengalihkan anak pokok dari tray semaian. Elakkan akarnya patah atau tercabut.
- Lakukan pemindahan anak pokok pada lewat petang supaya kawasan sekitar tidak terlalu panas.
MEDIA /TANAH
- Sedaiakan medium tanaman serba guna yang kaya dengan bahan organik dan bersaliran baik seperti top soil atau tanah organik. Untuk bersaliran baik, gaulkan dengan sedikit pasir jika ada.
PENYIRAMAN
- Tembikai atau semangka memerlukan air yang banyak untuk memastikan buahnya terbentuk cantik dan berkualiti.
- Penyiraman perlu dilakukan pada awal pagi dan lewat petang.
- Wajib siram setiap hari, dua kali sehari iaitu pagi dan petang kecuali hujan.
PEMBAJAAN
- Mulakan pembajaan apabila pokok tembikai mula menjalar lebih kurang 1 bulan ke atas.
- Pembajaan perlu dilakukan setiap minggu kerana pokok tembikai cepat membesar.
- Guna baja subur atau baja tinggi Nitrogen. Baja dalam jumlah satu sudu kecil baja sehingga dua sudu besar mengikut saiz pokok. Letak baja 3 inch dari pangkal pokok tembikai.
- Apabila pokok mula berbunga, pembajaan perlu dihentikan bagi mengatasi masalah panas pada akar yang boleh mengakibatkan bunga atau putik buah keguguran.
- Apabila pokok tembikai mula mengeluarkan buah, kerapkan menyiram untuk buah cepat membesar.
PENYEDIAAN
PEMANCANG
Untuk teknik ruang sempit.
- Sediakan pemancang atau sokongan untuk memudahkan pokok tembikai menjalar. Gunakan tali rafia pun boleh. Jimat dan murah.
- Pastikan gunakan material yang kukuh untuk membina pemancang seperti dari paip PVC,buloh atau kayu
- Jika buahnya mula kelihatan membesar, ikat atau sokong buah tembikai dengan mnggunkan tali.
CARA
MEMASTIKAN BUAH MATANG DAN BOLEH DITUAI.
Kematangan buah tembikai ditentukan:
- Mengetuk atau tepuk buah. Buah matang berbunyi seperti berongga. Buah belum matang bunyinya padat dan nyaring.
- Urat pada jalur. Bagi tembikai berjalur, urat pada jalur memecah dan warna jalur menjadi pudar apabila buah matang.
- Kekilatan kulit buah - Buah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat. Pada peringkat ini, kandungan gula mencapai tahap maksimum.
Kredit: Izah
Hassan

No comments:
Post a Comment