Friday, 11 November 2022

SALAH UNDI AKAN MENYEBABKAN MASUK NERAKA?

  
Pemilihan kepimpinan bukan sekadar bagi menentukan hala tuju dan masa depan negara. Bahkan, ia turut berkaitan dengan tugas sebagai khalifah untuk memakmurkan muka bumi ini. 
 
Antara tugas yang terkandung dalam urusan politik ialah mencegah kemungkaran dan memperbanyakkan amalan kebaikan bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan dalam semua perkara.
 
Sesiapa pun pemimpin yang dipilih dan diikuti; semuanya akan direkodkan dalam catatan amal dan akan disoal oleh Allah SWT yang Maha Adil perhitungan-Nya.
 
Mereka yang memilih pemimpin yang salah adalah berdosa. Bahkan, mereka yang memilih untuk tidak mahu turun mengundi, mendiamkan diri, atau memulaukan pilihan raya akan turut berdosa, sekiranya dengan sikap mereka itu memenangkan pihak yang salah.
 
Oleh itu, kewajipan melaksanakan perkara baik dan mencegah kemungkaran dengan turun mengundi.
 
Justeru, pilihlah wakil atau pemimpin yang bukan sahaja mampu memelihara kesejahteraan hidup kita di dunia, malah menjamin keselamatan kita di akhirat sana.
 
Namun, dalam berkempen atau memujuk agar mengundi satu-satu parti, jangan sampai menjatuhkan hukum kafir atau masuk neraka. Masuk syurga mahupun neraka bukan hanya ditentukan oleh satu perbuatan sahaja.
 
Jangan mudah meletakkan hukum semata-mata untuk meraih undi.

No comments:

Post a Comment