Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mencapai kemenangan di 49 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 (PRU-15). Ini pencapaian luar biasa dan menjadi kebangaan ahlinya.
Namun ditakdirkan walaupun PAS menang
paling besar, PAS tidak dapat menubuhkan kerajaan. Bahkan, PAS yang sebelum
PRU-15 menjadi sebahagian kerajaan, terpaksa melepaskan apa yang pernah
diusahakan sebelum ini.
Antara kegagalan PAS menubuhkan kerajaan disebabkan
gagal memimpin parti-parti yang menang. Apa yang terjadi, PAS pemenang kerusi
paling banyak namun hanyalah pengikut dari gabungan dan kepimpinan politik
negara.
Sifat ego dan sombong telah menjadikan PAS 'pak
turut' kepada BERSATU. Sepatutnya dengan slogan 'Islam Memimpin', PAS mengorak
langkah mendahului rundingan dengan semua parti politik.
Malangnya ia tidak terjadi. PAS hanya
mengikut sahaja BERSATU yang mahukan gabungan dengan GPS dan parti-parti lain.
Lebih parah, PAS juga turut berkompromi dengan BERSATU yang secara diam-diam
'mencuri' SD daripada Ahli Parlimen BN.
Ia amat tidak bertepatan dengan slogan "Islam Memimpin" yang mulia. PAS marah jika ada yang mahu mencuri 'hartanya'.
Maka BN juga wajar marah atas tindakan yang telah PAS lakukan ini.
PAS marah dengan proses "katak melompa"'.
Namun dalam hal 10 Ahli Parlimen BN ini, apa pendirian PAS? Jika benar
sekalipun 10 orang ini memberi SD secara rela (seperti kata ahli Parlimen
Machang-BERSATU), apakah PAS sudah hilang nilai moral untuk menerima mereka?
Apakah jika berkepentingan, maka perkara
ini menjadi halal bagi PAS? Islam mesti teguh mempertahankan prinsip. Tidak
boleh tetap tidak boleh!
Sepatutnya PAS memimpin dan menasihati 10
orang ini agar jangan membelakangi adab berorganisasi. Pendirian PAS sepatutnya
- "memang kami hendak sangat kamu, tetapi perlu ikut prosedur".
Ini
tidak, ia seolah-olah PAS sama-sama merestui apa yang BERSATU lakukan dengan
cuba mendapatkan SD secara tidak beradab!
Begitu juga dalam urusan rundingan mendapatkan
jumlah kerusi bagi menubuhkan kerajaan, PAS patut mendahului yang lain-lain.
PAS tahu BERSATU tidak mahu berunding
dengan UMNO-BN. Sepatutnya PAS mengambil langkah proaktif mendepani BERSATU dan
berunding dengan UMNO-BN.
Adat orang berkehendak, PAS yang mengunjungi. Bukan
ego dan sombong menanti mereka yang datang kepada kita.
Jika BERSATU tidak mahu, PAS perlu memujuk
mereka agar segera mengunjungi UMNO-BN. Jika BERSATU tidak mahu juga, PAS perlu
memimpin dan menunjukkan contoh ukhwah yang baik.
Dalam hal ini, PAS gagal menuruti apa yang dilaungkan. PAS juga gagal menegakkan urusan dakwah.
PAS telah gagal menunjukkan bahawa Islam
itu terpimpin, Islam itu indah serta islam itu penuh ketertiban. Masyarakat yang
cerdik akan melihat mengapa PAS terlalu terikat dengan politik kepartian? Bukan
politik dakwah?
Atau memang benarkah telahan mereka yang
selama ini PAS sememangnya hanya sebuah parti politik yang tiada bezanya dengan
UMNO, BERSATU, PKR hatta DAP sekalipun. Hanya mementingkan kemenangan dan
apabila gagal, kembali bermadah dengan dalil-dalil Al-Quran.
Jadi, ahli PAS jangan meroyan apabila tidak menjadi pemerintah Malaysia. Pemimpin PAS telah silap strategi. Mereka melepaskan apa yang selama ini dikejar.
No comments:
Post a Comment