Kandungan baja paling sesuai untuk bunga kertas.
Kandungan baja yang paling sesuai untuk pokok bunga kertas (Bougainvillea)
ialah baja NPK yang mempunyai kalium (K) dan fosforus (P) yang tinggi, dengan nitrogen
(N) yang sederhana atau rendah bagi merangsang pembungaan lebat.
Unsur nitrogen (N) berperanan untuk menggalakkan penghasilan
daun dan menguatkan batang. Unsur ini menggalakkan pertumbuhan daun dan pucuk
baharu. Namun, terlalu banyak nitrogen akan membuatkan pokok rimbun dengan daun
tetapi sukar berbunga.
Manakala unsur fosforus (P) pula untuk menggalakkan
pertumbuhan akar dan kuntum bunga. Ia membantu perkembangan akar yang kuat
serta menggalakkan pembentukan kudup bunga.
Unsur kalium (K) bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan warna
bunga yang sihat. Ia menyokong pembungaan yang lebih lebat, tahan lama, dan
menaikkan warna bunga.
Nisbah baja yang lazim digunakan untuk pokok bunga kertas
berbunga ialah NPK 12-12-17 untuk menggalakkan bunga yang lebat dan warna yang
lebih menyerlah.
Nisbah NPK 10-20-20 sesuai ketika fasa merangsang bunga
kerana kandungan fosforus dan kaliumnya tinggi.
Manakala nisbah NPK 15-15-15 yang dianggap baja seimbang digunakan
untuk pertumbuhan awal pokok sebelum masuk fasa pembungaan.
Baja yang baik untuk pokok bunga kertas.

No comments:
Post a Comment