Thursday, 19 November 2026

MENGAPA DIPANGGIL PAUH RINGAN

 
Mengapa dipanggil pauh ringan.

Pauh ringan adalah nama dalam dialek Kelantan yang merujuk kepada sejenis varieti mempelam tempatan.

Nama yang biasa digunakan dalam penulisan baku ialah mempelam telur atau mangga telur.

Mengapa dinamakan buah pauh ringan? Adakah di tempat lain dipanggil buah mempelam ringan?

Dalam dialek Kelantan, perkataan ringan membawa berberapa maksud. Pertamanya ialah tidak berat. Itu sama dengan maksud bahasa baku. Maksud kedua ialah cepat dan ketiganya mudah.

Tidak ada catatan jelas mengapa pauh itu dipanggil pauh ringan. Namun, dipercayai ia ada hubung kait dengan maksud cepat.

Pada ketika dahulu, di Kelantan (mungkin juga di tempat lain) terdapat pauh yang dikenali pauh gatal. Jenis pauh ini tumbuh meliar di dalam hutan. Pokoknya besar meninggi dan buahnya sedikit gatal akibat getahnya. Sebab itu ia dipanggil pauh gatal.

Satu ciri lain pauh gatal ialah untuk mengeluarkan hasil mengambil masa yang lama. Bila pokoknya besar yang tentu sekali mengambil masa bertahun-tahun, baru ia berbuah.

Ini berbeza dengan pokok pauh ringan. Pokoknya tidak tinggi dan cepat berbuah. Sebab itulah ia dipanggil pauh ringan berbanding dengan dengan pauh gatal.

Buah ini sangat popular kerana rasanya yang masam rangup ketika muda dan sesuai dijadikan jeruk, colek, atau sambal. Rasanya berubah menjadi sedikit manis apabila telah matang dan ranum.

Hasil buah pauh ringan lebat untuk setiap tangkai. Ia seakan-akan jambak atau segugus.:

Pokok varieti ini tahan lasak: Mudah ditanam di kawasan tanah rendah yang mendapat cahaya matahari penuh serta tahan lasak.

Biarpun ada serangan ulat atau dahannya patah, pokok ini terus tumbuh tunas baharu dan berbuah.

Jadi, memang sesuai untuk ditanam untuk mendapat hasil yang baik.

Banyak laman rumah di Kelantan ada pauh ringan. Senang untuk dbuat sambal, colek dan jeruk.

Buah pauh ringan memang menjadi kegemaran wanita mengandung atau lekat perut.

Anak benih pauh ringan.


No comments:

Post a Comment