Satu kepuasan dan kejayaan bagi pencipta kandungan.
Banyak individu di media sosial tidak sekadar menghantar
tulisan, video dan gambar sekadar suka-suka. Sebaliknya, mereka ingin
menghasilkan sesuatu yang lebih istimewa di media sosial.
Individu berkenaan dipanggil pencipta kandungan atau content
creator. Mereka menghasilkan dan berkongsi bahan digital seperti video, gambar,
penulisan, atau audio di platform dalam talian untuk mendidik, menghiburkan,
atau berinteraksi dengan penonton.
Sesiapa sahaja boleh digelar pencipta kandungan asalkan
mereka aktif menerbitkan karya asli di saluran media sosial atau digital.
Secara asasnya, pencipta kandungan melakukan atas dasar
suka-suka atau sukarela untuk kepuasan sendiri.
Namun, jika menepati syarat yang ditetapkan oleh pengendali
media sosial, ada ganjaran yang diberikan kepada pencipta kandungan berdasarkan
kepada kaedah yang ditetapkan.
Dalam hal ini, ada pencipta kandungan yang menjadikan hobi
itu sebagai satu kerjaya atau sekurang-kurangnya untuk menambah pendapatan.
Kalau yang sudah terkenal dan mempunyai pengikut yang
banyak, ada pencipta kandungan yang mempunyai pendapatan puluhan ribu sebulan,
terutama yang terlibat dalam pemasaran produk.
Satu perkara yang pastinya mengembirakan setiap pencipta
kandungan apabila melihat peningkatan penonton yang membuktikan apa yang
diusahakan mendapat perhatian, sokongan dan disukai oleh penonton.
Dapatkan buku panduan adab di media sosial.

No comments:
Post a Comment