Saturday, 21 November 2026

GUNA PANCANG UNTUK SOKONG POKOK KECIL

Guna pancang untuk sokong pokok kecil.

Pancang digunakan untuk mengikat pokok kecil agar batang tumbuh tegak, stabil, dan tidak mudah tumbang atau patah.

Kegunaan utama pancang pokok kecil untuk menyokong batang muda. Ia dapat membantu anak pokok atau pokok berbatang lembut seperti cili, bendi, terung dan sebagainya dapat berdiri tegak semasa membesar.

Pokok yang diikat di pancang dapat dillindungi daripada kesan akibat angin, hujan dan beban pada ranting atau dahan pokok.

Kegunaan pancang dapat mengelakkan pokok condong, patah, atau tercabut akar akibat tiupan angin kuat atau berat buah dan daun yang lebat.

Pancang juga dapat mengelakkan sentuhan dengan tanah agar daun dan buah tidak terkena tanah lembap, yang boleh mengurangkan risiko reput atau serangan serangga seperti semut.

Satu lagi kegunaan pancang ialah membimbing arah pertumbuhan ke atas supaya mendapat cahaya matahari dengan lebih baik dan kawasan tanaman kelihatan kemas serta teratur.

Ia menjadi asas sokongan pokok jenis menjala atau pada peringkat awal sebelum pokok melilit pada bahagian lebih kukuh untuk terus membesar dan mengeluarkan hasil.

Batang atau bahagian pokok diikat dengan longgar menggunakan tali lembut atau nylon strap agar batang tidak terjerut apabila membesar.

Tancapkan pancang cukup dalam di tepi pangkal pokok supaya tidak merosakkan akar utama.

Pancang yang digunakan biasanya jenis buluh, batang pokok yang kecil, besi dan aluminium mengikut kesesuaian.

Untuk cuba pancang ini

No comments:

Post a Comment