Saturday, 10 December 2022

TIDAK BERLAGAK SOMBONG KETIKA BEROLEH KEJAYAAN

  
Umat Islam wajib menyakini bahawa Allah SWT mengetahui sesuatu itu akan berlaku pada waktu tertentu dan dalalam bentuk tertentu mengikut ketetapan oleh Nya. Tiada suatu apa pun yang tersembunyi bagi Nya.
 
Dengan keyakinan ini individu Muslim tidak akan berlagak sombong dan angkuh apabila beroleh kebaikan atau kejayaan dan tidak akan terlalu dukacita apabila mendapat keburukan atau kekalahan.
 
Hatinya akan sentiasa tenang dan sabar dalam menghadapi qada dan qadar Allah SWT serta menganggap semuanya itu hanya ujian daripada Allah SWT.
 
Firman Allah SWT bermaksud: "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu melainkan telah sedia ada dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum kami menjadikannya. Sesungguhnyam mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(kamu diberitau tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri " - ( Surah al- Hadid, ayat 22-23).
 
Hargailah persahabatan. jauhi sikap sombong. Jangan berduka dan memusuhi sahabat yang tidak sealiran dalam politik, mahupun perkara lain. 
 
Gambar sekadar hiasan
 

No comments:

Post a Comment