Bagi penternak haiwan, musim banjir amat
mencabar. Ia bukan sahaja soal memberi makan, tetapi juga untuk dipinahkan ke
tempat selamat.
Sebab itu, ada penternak tidak mahu
berpindah ke pusat pemindahan sementara kerana perlu menjaga dan menguruskan
binatang ternakan masing-masing. Selagi boleh bertahan, mereka akan menjaga
binatang ternakan masing-masing.
Binatang ternakan adalah harta mereka. Sumber
pendapatan. Jadi, kena dijaga agar tidak menjadi mangsa lemas.
Untuk menyelamatkan haiwan ternakan, contohnya
lembu, ada yang perlu mengharung air beberapa kilometer. Lembu tidak ada
masalah mengharung air dan boleh berenang jika di kawasan air dalam. Apa yang
penting pemiliknya ada bersama untuk mengawal pergerakan.
Kalau haiwan ternakan kecil seperti kambing akan dibawa berpindah mengguna sampan atau perahu. Ada yang perlu didukung.
Ayam dan itik pula perlu dimasukkan ke dalam sangkar sebelum dipindahkan.
Di tempat haiwan itu dipindahkan perlu pula dipastikan bekalan makanan ada secukupnya agar ia tidak mati kelaparan, terutama jika tempoh banjir yang lama.
No comments:
Post a Comment