Lata Rek adalah salah sebuah mukim dalam daerah
(sama dengan status mukim di luar Kelantan) Olak Jaram, jajahan Kuala Krai.
Nama terdapat di Lata Rek ialah Kampung Kubang Puyu, Kampung Cempaka,
Kampung Lata Tual, Kampung Jalal, Kampung Chatel, Kampung Bukit Budu, Kampung
Kubang Kerian, Kampung Tok Uban, Kampung Jelkis dan Kampung Stambul.
Asal nama Lata Rek adalah dipercayai
diambil daripada bahasa Orang Asli. Perkataan ‘lata’ bermaksud jeram yang
terdapat hamparan batu-batan yang terbentang luas dan ‘rek’ bermaksud air yang
mengalir dan turun dari tempat yang tinggi.
Kampung Lata Rek dahulunya juga dikenali
sebagai Kampung Kedondong yang diambil sempena kampung asal penempatan penduduk
dari Kampung Kedondong, Pasir Mas. Tetapi disebabkan terdapatnya air terjun
maka nama Lata Rek lebih sinonim dan terkenal.
Terletak kira-kira 27 km dari bandar Kuala
Krai dan perjalanan dengan memandu kereta mengambil masa kira-kira 30 minit
melalui Jalan Persekutuan Kuala Krai-Gua Musang (8) sebelum bertemu simpang
tiga berdekatan dengan Kampung Laloh. Dari simpang tersebut, ke kiri adalah
simpang masuk ke Lata Rek iaitu lebih kurang 3 km.
No comments:
Post a Comment