Wednesday 18 July 2018

KAMBING AKIKAH DI KELANTAN

Permintaan terhadap kambing semakin tinggi. Penternakan kambing menjadi satu industri menguntungkan. Pengusaha ladang kambing bukan sahaja menawarkan kambing hidup, tetapi juga khidmat penyembelihan, lapah dan potong daging sehinggalah memasak. Pembeli hanya menerima yang telah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Permintaan terhadap kambing hidup biasanya untuk akikah, nazar, niat mahupun korban. Harga seekor kambing antara RM600 hingga RM850 mengikut baka dan saiz. Manakala khidmat penyembelihan, lapah dan cincang daging serta tulang dikenakan bayaran tambahan.

Untuk khidmat memasak juga dikenakan bayaran mengikut kos bahan serta upah kerja. Semua bayaran dan upah itu dikira berbaloi jika ingin dibuat sendiri.

No comments:

Post a Comment