Tuesday 12 March 2024

UCAPAN UTAMA DI KUMPULAN WHATSAPP

 
Dalam kumpulan WhatsApp ada tiga ucapan utama dibuat oleh ahli kumpulan. Pertamanya ucapan tahniah, ucapan takziah dan ucapan hari lahir. Kalau tidak dilakukan, seperti rasa bersalah pula. Sebab itu ketiga-tiga ucapan itu memenuhi atau memeriahkan kumpulan WhatsApp.

Apabila ada berita kematian, maka berduyung-duyung menulis “Al-Fatihan (dibaca)”. Tidak pastilah dibetul dibaca atau tidak. Perkataan “dibaca” itu tidak akan bukti bahawa telah betul-betul dibaca.

Menariknya disampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga si mati. Sebenanya, ucapan takziah itu tidak pun sampai kepada keluarga si mati kerana mereka tidak ada dalam kumpulan WhatsApp itu. Kalau hendak sampaikan atau ucap takziah, carilah nombor telefon ahli keluarga si mati dan buat ucapan secara terus.  

Begitu juga dengan ucapan hari lahir. Banyak sangat dibuat di kumpulan WhatsApp. Amalan itu tidak salah, tetapi lebih elok jika kita teruskan kepada nombor peribadi individu berkenaan. Rasa ia lebih beradad dan tanda keikhlasan ucapan tersebut.

Cukuplah orang pertama yang mengucapkan di kumpulan WhatsApp sebagai satu makluman atau pemberitahuan. Individu lain sepatutnya terus kepada individu yang diucapkan.

Perkara ketiga adalah ucap tahniah. Memang kita digalakkan ucap tahniah di atas kejayaan atau pencapaian seseorang. Tetapi seperti juga ucapan-ucapan lain, cukuplah satu ucapan pertama sahaja dan yang lain pula terus kepada nombor persendirian.

Disebabkan terlalu ingin mengucapkan tahniah, ada yang ucap tahniah kepada perkara yang dia sendiri tidak tahu apa sebabnya. Maka yang lain pula akan turut mengucapkan tahniah tanpa mengetahui apa-apa.

Apapun, kepada individu yang ingin meneruskan amalan aktiviti ucapan ini di kumpulan WhatsApp, tidak ada halangan. Tidak menyalahi undang-undang atau menjadi satu kesalahan. Inilah kebebasan yang perlu dihormati oleh semua ahli kumpulan.