Berkenaan
isu ini, Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang
pada 23 – 25 Februari 2006 telah bersetuju memutuskan bahawa:
-
Amalan membaca yasin, tahlil dan kenduri arwah merupakan perkara khilafiah yang
tidak perlu diperbincangkan secara meluas kerana ia boleh mencetuskan
kekeliruan dan perpecahan masyarakat.
-
Mesyuarat mengesyorkan supaya JAKIM, JAIN dan Jabatan Mufti memperbanyakkan
agenda penerangan kepada masyarakat secara menyeluruh mengenai isu khilafiah
dengan pendekatan secara hikmah melalui penulisan, terjemahan buku, khutbah,
kurikulum program takmir masjid dan wacana.
-
JAKIM dengan kerjasama agensi berkaitan hendaklah memberi teguran kepada
individu-individu tertentu supaya isu khilafiah ini tidak diperbesarkan.
Amalan
tahlil merupakan gabungan antara bacaan ayat dan surah daripada al-Quran, zikir
kepada Allah SWT yang merangkumi tasbih, tahmid, takbir dan selawat ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memberi makan kepada orang ramai.
Semua
perkara tersebut merupakan amalan yang disyariatkan di dalam Islam. Dalam satu
hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Salam, bahawa Rasulullah SAW
bersabda: "Wahai manusia, sebarkanlah salam, jamukanlah makan (kepada
orang ramai) dan bersembahyanglah ketika orang sedang tidur, maka kamu
akan masuk ke dalam syurga dengan sejahtera.
Begitu
juga, berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang
digalakkan Islam seperti mana yang disebut oleh al-Quran.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan
keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap
yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan
perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu
(di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)." (Surah Muhammad, ayat
19)
Majlis
tahlil telah menjadi uruf dan adat setempat yang telah diamalkan oleh
masyarakat Islam di sini sejak sekian lama.
Maka,
tidak salah menerima pengamalan tersebut selagi mana amalan tersebut tidak
mengandungi perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan dilaksanakan dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment