Pada
tahun 1794, berlaku permusuhan antara Kelantan dan Terengganu. Kelantan telah diserang oleh Terengganu pada tahun 1795 dan
tahun 1800.
Dalam
serangan ini, Terengganu dibantu oleh Patani dan Kelantan tewas dalam kedua-dua
serangan tersebut.
Pada
tahun 1801, Long Muhammad, putera Raja Long Yunus melancarkan serangan balas
dari Ulu Kelantan dan berjaya membebaskan semula negeri Kelantan daripada
tawanan Terengganu.
Selepas
peperangan itu tamat, Long Muhammad telah mengisytiharkan dirinya sebagai
Sultan Muhammad 1.
Untuk
dipandang kuat, baginda telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam.
Pada
tahun 1818, Kelantan menghantar bunga emas kepada Siam. Pihak Siam pula
membalas dengan memberi hadiah yang berharga kepada Kelantan.
Penghantaran
bunga emas dibuat setiap tiga tahun sekali. Hasil hubungan diplomatik ini,
Terenganu tidak lagi menunjukkan permusuhan terhadap Kelantan.

No comments:
Post a Comment