Sunday 25 February 2024

JENAMA SANI TERKENAL DI MALAYSIA

 
Jenama “Sani” terkenal di Malaysia dengan Sani Ekspress, Saani Properties dan Sani Hotel. Ketiga-tiganya berada di bawah Sani United Sdn Bhd yang mana Datuk Wan Mohammad Sani Salleh adalah pengarah urusannya.  
 
Sani merupakan anak kelahiran Kuala Ibai, Terengganu dan merupakan anak keempat daripada enam orang adik beradik. Dia berkelulusan Diploma Perniagaan dari Kolej Sunway.
 
Sebelum bergelar usahawan, Sani memulakan kariernya sebagai model yang kemudiannya menjadi salah satu penyanyi kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusoff sekitar lewat 90-an.
 
Setelah beberapa lama menceburkan diri dalam bidang seni, Sani mula memikirkan kerjaya masa depannya. Bagi seorang yang bercita-cita tinggi sepertinya, dia mula memikirkan untuk mengubah haluan hidupnya daripada seorang selebriti kepada seorang usahawan.
 
Dari situlah Sani berkecimpung dalam dalam bidang perniagaan perkhidmatan bas ekspres, lalu wujudnya Sani Express.
 
Sebelum itu, Sani memulakan perniagaan dengan membuka bengkel membaiki kenderaan. Pada tahun 2003, Sani telah menubuhkan Sani United Sdn Bhd (SUSB) dengan 2 lagi rakan kongsi yang menarik diri tak lama kemudian.
 
Ini menyebabkan Sani terpaksa mengambil risiko dengan seorang pekerja dan hanya pada tahun 2006, barulah menyaksikan Sani Express berada di jalanraya dengan enam buah bas.
 
Setelah beberapa tahun berlalu, SUSB kini memiliki lebih daripada 150 pekerja dan mempunyai bangunan 3 tingkat sendiri iaitu Wisma Dato’ Sani yang terletak di Klang Sentral.
 
Sani Express memiliki 25 buah bas 2 tingkat, telah memperluaskan operasinya ke Utara setelah bertapak lama di Pantai Timur.  

No comments:

Post a Comment