Golongan wanita bukan hanya dapat
melahirkan daya kreatif masing-masing dengan menguasai kemahiran itu tetapi
juga dapat membantu menjana pendapatan. Di samping memperoleh pendapatan,
mereka juga dapat menguruskan anak-anak dan keluarga dengan baik kerana
semuanya dilakukan di rumah. Pendapatan hasil menjahit dan kraftangan tidak
kurang lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Kerja yang dilakukan di rumah boleh
dibantu oleh anak-anak ketika mereka lapang. Bahkan, jika dilakukan dalam skala
besar ia boleh menjadi satu 'industri' keluarga.
Banyak hasil kraftangan atau produk
dihasilkan di rumah kini telah memasuki pasaran antarabangsa setelah menepati
piawaian yang diterima di luar negara.
Banyak agensi yang menyediakan
latihan kemahiran yang bersesuain untuk kaum wanita menggunakan kemahiran itu
untuk menjana pendapatan. Menyentuh mengenai modal, bagi yang tidak mampu
menyediakan dari sumber sendiri, pinjaman disediakan oleh kerajaan dan bank
boleh dipohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Kemahiran yang dimanfaatkan adalah
satu terapi yang dapat menghilangkan segala masalah apabila kita khusyuk
melakukannya. Ia juga dapat mengelak masa terbuang begitu saja tanpa melakukan
sesuatu yang berfaedah.
Dengan adanya kemahiran seperti ini,
kaum wanita juga dapat membantu menjayakan misi kerajaan iaitu wanita sebagai
salah satu penyumbang kepada kestabilan ekonomi dan sosial.
Jangan hanya
mengharapkan suami (bagi yang masih bersuami) atau bantuan pihak lain untuk
memenuhi keperluan keluarga, sedangkan kesihatan dan ruang masa dipersia-siakan
begitu saja.
No comments:
Post a Comment