Hukum berat pengedar mercun. Tragedi malang membabitkan
kanak-kanak mangsa mercun sentiasa menjadi topik setiap kali Ramadan dan
Syawal. Untuk mengelak, elok hukum salah edar mercun patut lebih berat. Perbuatan edar dan jual mercun mendatangkan kecelakaan hingga hilang
nyawa.
Mengapakah perkara ini terjadi? Bermain mercun
bukan budaya dalam Islam. Amalan membakar mercun adalah budaya
masyarakat Cina setiap kali menyambut perayaan atau meraikan sesuatu kejayaan.
Peliknya, semasa perayaan Tahun Baru Cina tidak pula ada laporan mengenai
kecelakaan akibat mercun.
Kemeriahan Ramadan sepatutnya disambut dengan
meningkatkan ibadat dan melakukan perkara yang baik. Ironinya,
banyak di kalangan masyarakat Islam yang melakukan perkara yang diegah atau
bertentangan dengan syariat Islam. Ajaran Islam tidak membenarkan penganutnya
melakukan sesuatu yang mendatangkan bahaya dan merugikan.
Mercun dan bunga api diharamkan di negara kita. Agensi
kerajaan seperti polis dan kastam sentiasa bertindak tegas untuk membenteras
penyeludupan dan penjualan mercun.
Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 memperuntukkan
undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki atau mengimport mercun
atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau
kedua-duanya.
Mereka
yang menyimpan mercun juga boleh didakwa di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta
Kastam 1967 iaitu menyimpan atau memiliki barangan larangan. Jika
sabit kesalahan, pihak yang terlibat boleh didenda tidak kurang dari 10 kali
ganda dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan itu atau penjara maksimum
tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Namun, undang-undang itu dipandang ringan oleh kebanyakan
orang. Masih ramai melakukan kesalahan menyeludup dan menjual
mercun. Mercun diseludup dari luar negara beberapa bulan sebelum musim perayaan
bertujuan mengabuli mata penguatkuasa. Taktik ini dikesan pihak
berkuasa yang memberi tumpuan mengelak penyeludupan mercun sepanjang
tahun.
Keuntungan berlipat ganda menyebabkan banyak orang
sanggup melakukan kesalahan dan kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang
yang berat. Ada
penjenayah melakukan kesalahan sama biarpun pernah dikenakan hukuman sebelum
itu. Mungkin pihak kerajaan perlu menimbangkan menggubal undang-undang
mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah berkaitan mercun.
Penjualan mercun masih berleluasan disebabkan ada
permintaan daripada orang ramai, khususnya kanak-kanak. Ibu bapa sepatutnya
mengawasi anak masing-masing agar tidak terlibat bermain mercun.
Ibu bapa jangan berkompromi dengan isu mercun. Biarlah
anak merengek dan merayu, tetapi jangan sekali-kali membenarkan mereka bermain
mercun. Carilah altenatif lain untuk berhibur menyambut
perayaan.
Tindakan ibu bapa yang membeli mercun untuk anak bermain
samalah seperti memberikan mereka sebutir bom. Banyak kes kecelakaan
mercun melibatkan yang dibeli oleh ibu bapa sendiri. Itu satu jenayah
besar bapa terhadap anak. Kesan kecederaan akibat mercun ditanggung oleh anak
seumur hidup, bahkan ada melibatkan kes kematian.
No comments:
Post a Comment