Sunday 18 October 2020

CARA SULAT ANAK BENIH GANTI YANG MATI ATAU TIDAK TUMBUH

 
Salah satu istilah atau perkataan yang digunakan dalam dialek Kelantan ialah ‘sulat’. Jika disemak dalam Kamu Dewan secara dalam talian, maksud sulat ialah alat untuk menganyam yang dibuat daripada tulang atau kayu. Manakala maksud sulat-salit pula tidak tersusun rapi (gigi). 
 
Namun maksud sulat yang biasa digunakan dalam dialek Kelantan ialah menambah atau menanam kembali anak benih atau biji benih untuk menggantikan pokok yang mati atau biji benih yang tidak tumbuh. 
 
Sulat dilakukan bagi memastikan kawasan batas, sawah atau tempat bercucuk tanam dipenuhi dengan pokok dengan jarak yang sepatutnya. 
 
Bagaimanapun, sulat dilakukan dengan pokok atau biji benih baharu yang tidak jauh bezanya dari yang sedia asal. Ia bagi memastikan pembesaran tidak jauh beza dan masa untuk menuai adalah pada masa sama. 
 
Antara anak benih yang perlu disulat ialah anak padi yang ditanam secara tabur terus. Biasanya ada kawasan anak padi yang tumbuh terlalu rapat dan di tempat lain pula kosong atau jarang. 
 
Jadi, anak benih yang terlalu rapat akan dicabut dan dipindah ke tempat yang kosong. Proses menanam semula anak benih padi di tempat baharu dinamakan cedung atau mencedung.

2 comments:

  1. Dalam bahasa melayu sarawak makna sulat sama seperti melayu kelantan iaitu alat untuk menganyam tikar yg dibuat dari kayu, buluh atau tulang. Makna kedua ialah perbuatan melakukan penanaman anak padi di tempat lapang di sawah kerana anak padinya tidak tumbuh atas sebab-sebab tertentu.

    ReplyDelete