Sunday, 8 September 2024

TAUSIAH SEBARKAN PERKARA KEBAIKAN

 
Tausiah adalah asal perkataan Arab yang boleh terdapat dalam pengkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka. Padanan sesuai untuk pekataan tausiah adalah ceramah atau dakwah.
 
Perkataan tausiah semakin kerap digunakan di kalangan mereka yang terlibat dalam ceramah berkaitan agama. Maka wujudlah istilah “pentausiah”, “majlis tausiah” dan sebagainya yang secara dasarnya adalah berkaitan dengan ceramah.
 
Ada pihak yang mendakwa pemilihan atau penggunaan perkataan “tausiah” lebih merujuk kepada majlis dakawah dan perbincangan berkaitan agama Islam. Maka, tidaklah perlu lagi ditulis atau disebut “tausiah agama”, sedangkan jika menggunakan perkataan “ceramah” maka jika ia berkaitan dengan agama Islam perlu ditulis “ceramah agama” kerana ada pelbagai jenis “ceramah” selain ceramah agama.
 
Tausiah boleh diadakan atau berlaku di mana-mana sahaja asalkan ia membincangkan berkaitan Islam atau yang sesuatu yang memberi kebaikan kepada orang Islam dan masyarakat.
 
Apa pun alasan atau maksud, apa yang penting perkataan tausiah itu difahami ramai. Sebenarnya, majoriti rakyat Malaysia belum memahami maksud tausiah, melainkan mereka yang tahu berbahasa Arab.

No comments:

Post a Comment