Soju adalah sejenis minuman keras atau arak
jenis dan bersuling yang berasal dari Korea. Kebanyakan jenama soju adalah dihasilkan
di Korea Selatan.
Soju biasanya diperbuat daripada beras,
gandum atau barli melalui proses penapaian dan seterusnya disuling.
Selain beras, gandum atau barli, soju juga
kini dihasilkan dari sumber kanji lain seperti kentang dan ubi keledek, serta
soju buah dengan perisa buah-buahan.
Kandungan alkohol dalam soju per isi padu
berjulat dari 16.8 peratus sehingga 53 peratus.
Apapun nama, asalkan ia mengandungi alkohol
yang menyebabkan mabuk, maka ia adalah haram diminum.
Dalam Fiqh al-Manhaji (3/75-81),
para penulis menjelaskan kedudukan arak dalam Islam.
Haram meminum minuman yang memabukkan sama ada arak iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain.
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang
bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi,
dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah, ayat 90)
Arahan supaya menjauhi arak adalah lebih
kuat daripada tegahan meminumnya. Hal ini kerana tegahan sahaja tidak termasuk
tegahan lain yang berkaitan dengannya, seperti melayan seseorang minum, membeli
atau menjualnya.
Sementara, arahan menjauhinya pula bermaksud,
amaran supaya menjauhi segala perkara yang berkaitan dengan arak, termasuk
minum dan sebagainya.
Maksud mabuk ialah pemikiran terlalu kacau,
yang menghalang fungsi akal kerana tidak dapat mengawal dengan bijak dan
sepatutnya. Maksud memabukkan pula ialah sesuatu yang diminum itu biasanya
menyebabkan seseorang mabuk tanpa mengira kadarnya.
Oleh itu, tidak harus sama sekali mengambil
sesuatu yang pasti memabukkan peminumnya sama ada kadar yang diminum itu sampai
had yang memabukkan ataupun tidak, dan sama ada peminum itu mabuk ataupun
tidak.
Ini berdasarkan hadisdaripada Jabir yang
bermaksud: “Apabila benda yang banyak memabukkan, maka yang sedikit pun adalah
haram.” (Hadis riwayat Abu Daud (368), al-Tirmizi (1866) dan Ibn Majah (3393)
Hadith seterusnya daripada Aisyah, katanya,
sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Setiap yang memabukkan adalah haram, sesuatu
yang kadarnya satu faraq boleh memabukkan, maka segenggam daripadanya pun
haram.” (Hadis riwayat al-Tirmizi (1867) dan Abu Daud (2687)
Maka, tidak kisahlah apa namanya dan
bagaimana ia dihasilkan, sesuatu yang memabukkan adalah haram di sisi Islam.
Haram meminum minuman yang memabukkan sama ada arak iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain.
No comments:
Post a Comment