Taman Rekreasi dan Tanah Lembap Majlis Daerah Ketereh bakal menjadi tarikan aktiviti rekreasi penduduk Ketereh dan
kawasan sekitar apabila ia beroperasi nanti.
Dibina di atas tanah seluas 4.8 ekar yang
melibatkan kos RM12 juta, dijangka siap dalam tempoh 2 tahun lagi. Lokasi taman
rekreasi tersebut berhampiran dengan Balai Bomba Dan Penyelamat Ketereh.
Apabila siap nanti, taman rekreasi yang
berstatus taman awam itu akan mengandungi dua tasik buatan, kolam mandi
kanak-kanak, taman permainan, zoo, jambatan gantung, kiosk perniagaan, komponen
riadah dan santai keluarga.
Sumber gambar media sosial.
No comments:
Post a Comment