Wajik adalah sejenis penganan (kuih) yang
dibuat daripada beras pulut yang dimasak bersama gula, nise (gula melaka) dan
santan, dikacau sehingga keras atau likat.
Di Kelantan, wajik dikenali dengan nama nasi manis. Di tempat lain ada juga memanggilnya pulut kacau.
Nasi manis biasanya dijadikan pencucu mulut atau makanan dimakan selepas menu utama. Ia juga dijadikan kuih untuk penggembara kerana nasi manis boleh disimpan lama. Tidak basi atau rosak.
Resipi nasi manis.
- 1 kg beras pulut
- 1 kg gula melaka (nise)
- 2 cawan gula putih
- Santan secukup lemak
- Daun pandan
- Isi durian (pilihan)
Cara membuatnya.
- Beras pulut direndam 4-5 jam
- Dan kukus seperti biasa.
- Kemudian sejukkan
- Masak gula melaka.
- Kemudian masukkan gula putih
- Masukkan santan (guna banyak santan jika suka lemak dan nasi manis akan nampak berkilat)
- Masukkan daun pandan (tanpa dipotong)
- Masak sehingga agak-agak hendak pekat.
- Masukkan pulut yang dikukus asing tadi
- Kemudian kacau lagi sehingga agak-agak pekat likat dan nampak berkilat
- Tutup api dan masukkan ke dalam bekas.
- Sedia untuk dimakan apabila sejuk.
- Jika ingin disimpan, pastikan bekas tertutup yang tidak boleh dimasuki semut.
- Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk.

No comments:
Post a Comment