Saturday 15 June 2024

JENIS ROTI YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

 
Roti dibuat daripada gandum. Gandum ada beberapa jenis. Gandum yang banyak di pasaran adalah gandum putih. Roti yang lebih sihat ialah diperbuat daripada tepung gandum penuh (wholemeal atau wholewheat atau wholegrain).
 
Tepung gandum penuh padat dengan kebaikan nutrisi yang dapat membantu anda memulakan gaya hidup sihat. Mulakan hari anda dengan pilihan roti yang lebih berkhasiat untuk mengatasi setiap halangan.
 
Wholemeal adalah biji gandum yang tidak diproses. Ia hanya dikisarkan menjadi tepung wholemeal dan tepung inilah yang digunakan untuk membuat roti wholemeal.
 
Biji gandum mengandungi 3 bahagian. Pertama (A) ialah bahagian dalam yang hanya ada kanji. Kedua (B) ialah bahagian luar yang mengandungi serat dan phytonutrient iaitu sejenis antioksidan yang memberi perlindungan kepada biji gandum dan bagus untuk kesihatan usus kita. Ketiga (C) ialah kandungan protein, vitamin B, calcium, zat besi, magnesium, potassium.
 
Tepung gandum putih yang berproses, hanya ada kanji saja (A). Bahagian luar biji gandum iaitu B dan C, yang mengandungi serat, phytonutrients, protein, vitamin dan zat-zat dibuang.
 
Roti yang diperbuat daripada tepung gandum putih berproses ialah roti putih. Hanya ada kanji saja dan memanglah sangat lembut tetapi kurang elok untuk kesihatan kita. Roti manis berproses lagi teruk dan inilah memberi sumbangan besar kepada obesiti di Malaysia sebab sangat senang didapati dan murah.
 
Pilihlah roti yang lebih sihat yang tinggi kandungan serat seperti roti wholemeal.Tetapi apa-apa pun, jangan makan berlebihan.
 
Apa yang lebih baik untuk kesihatan kita ialah elakkan makanan segera yang selalunya diperbuat daripada tepung gandum seperti biskut, kek, donut, kuih, goreng-gorengan yang selalunya disalut tepung gandum.
 
Jangan lupa, makanan segera memang murah, tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang pastinya memerlukan kos rawatan yang tinggi.
 
Secara teorinya, roti gandum penuh memang menawarkan lebih banyak faedah berbanding roti putih.
 
Pertama, serat. Roti gandum penuh mempunyai lebih banyak serat tak larut yang tidak mampu memegang air. Sifat ini antara penyebab mengapa serat tak larut mampu bergerak dengan lebih pantas dalam usus manusia dan kelebihan ini berguna buat manusia dalam mencegah sembelit. Selain itu, pengambilan serat tak larut turut dikatakan mampu mengawal paras glukosa darah.
 
Kedua, vitamin dan mineral. Roti gandum penuh pula mengandungi vitamin dan mineral yang mana sebahagian besar terikat pada selaput fiber/bran gandum berkenaan. Sebab itu warna roti gandum penuh lebih gelap dari roti putih. Gelap di sini menunjukkan kehadiran vitamin dan mineral dalam makanan tersebut.
 
Ketiga, Benzoyl Peroxide. Meskipun boleh kata bahan pemutih ini ada pada kedua2 varian roti yang dijual di pasaran pada hari ini, namun kita boleh jangka roti putih mengandungi lebih banyak bahan pemutih ini berbanding roti gandum penuh. Apa itu Benzoyl Peroxide?
 
Adakah roti gandum penuh mampu membuat anda kenyang lebih lama? Sebenarnya hal ini adalah subjektif dan lebih kepada 'mild mitos' kerana bukan semua roti gandum penuh itu mengenyangkan. Hujah ini boleh disokong apabila kita teliti kembali adakah roti gandum penuh itu tinggi kandungan serat larut atau tidak.
 
Serat larut tidak sama seperti serat tak larut yang saya sebut sebelum ini, kerana serat larut boleh memegang air dan membentuk ‘gel’, justeru sifat ini akan memperlahankan pergerakan makanan dalam usus. Hal ini sekaligus membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama. Serat larut banyak terdapat pada oat, oat bran, kekacang / seeds, flaxseed, dan buah-buahan tertentu.
 
Bila kita lihat kembali varian roti gandum penuh yang ada di pasaran, tak semua varian ada menyelitkan 'ramuan-ramuan' ini. Buat masa ini, saya hanya melihat Gardenia bungkus ungu sahaja yang menghampiri ciri-ciri ini. Ada penjual roti yang menjual roti dengan 'aneka ramuan' ini sekali gus membuatkan ia lengkap dengan serat larut dan serat tak larut, namun bilangan mereka sangat rare.
 
Terdapat pelbagai jenis roti yang ada di dunia. Namun roti yang sering menjadi pilihan adalah roti putih dan roti gandum. Walau kedua-dua roti di perbuat dari gandum terdapat beberapa perbezaan dari segi kesihatan daripada cara perbuatan roti tersebut.
 
Ini perkara yang korang perlu tahu tentang perbezaan roti putih dan roti gandum untuk mengamal gaya hidup sihat.
 
Roti gandum dan roti putih diproses secara berbeza, yang membawa kepada perbezaan kandungan nutrisi. Begini cara ia dibuat:
 
Roti gandum secara tradisinya diperbuat daripada gandum yang mempunyai semua komponen gandum, kuman dan endosperma. Ini membolehkan roti mengekalkan lemak, vitamin, mineral dan serat yang sihat. Pastikan korang memilih produk yang mengandungi 100% gandum, atau produk itu mungkin dibuat sebahagiannya dengan tepung ditapis.
 
Roti putih diperbuat daripada tepung ditapis, dan melalui proses pengilangan untuk menghilangkan dedak dan kuman. Maka apabila ia diproses kebanyakan nutrisi telah dibuang dan hanya endosperma ditinggalkan.
 
Secara keseluruhan roti gandum lebih sihat, kerana roti gandum tersebut memberi pelbagai manfaat kesihatan seperti mengurangkan risiko diabetes jenis 2, penyakit jantung dan kanser.
 
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk membuat pemeriksaan bahan sebelum membeli kerana banyak pengeluar melabelkan roti sebagai “roti gandum” supaya ia kelihatan lebih sihat, tetapi diperbuat daripada tepung ditapis.

No comments:

Post a Comment