Sri Tanjung, Pulau Renjuna, Tumpat semakin
mengukir nama dalam aktiviti pelancongan di kawasan kepulauan.Sri
Tanjung bermula dengan Restoran Sri Tanjung di satu lokasi di Pulau Renjuna.
Kemudian berkembang menjadi chelet dan kem untuk kursus dan aktiviti
berkumpulan di samping menyediakan kemudahan menyewa peralatan rekreasi seperti
basikal dan kayak.
Kini,
Sri Tanjung mengorak langkah memperkenalkan Pasar Terapung Sri Tanjung.
Berkunjung
ke Pasar Terapung Sri Tanjung memberi peluang pengunjung merasai pengalaman
membeli-belah seperti berada di negara jiran iaitu Hatyai dan Bangkok di
Thailand.
Pasar
ini terkenal kerana mempunyai deretan bot-bot kecil yang diletakakan di
tepi-tepi sungai malah yang lebih menarik lagi bot-bot ini juga turut menjual
pelbagai jenis makanan serta minuman.
Pasar
Terapung Sri Tanjung dengan slogan Ringkas, Segar, Semula Jadi menampilkan
suasana pulau yang diurus dengan mengekalkan persekitaran ringkas, segar dan
semula jadi.
Pelbagai
jualan dan barangan yang berasaskan tradisional dijual oleh penduduk kampung
untuk pengunjung yang datang dengan harga yang sangat berpatutan. Selain
makanan tradisional, pengunjung juga boleh mendapatkan makanan, minuman serta
barangan dari negara jiran yang turut dijual di sini.
Pengunjung
boleh ke sana dengan mendapatkan khidmat bot di Jeti Kuala Besar yang berada di
jajahan Kota Bharu, atau Jeti Kok Majid di jajahan Tumpat.
Perkhidmatan
tidak berjadual itu bukan sahaja menyediakan perkhidmatan untuk ke Pasar
Terapung Sri Tanjung, bahkan juga ke destinasi lain di kepulauan tersebut.
Pengunjung
ke Pasar Terapung Sri Tanjung juga boleh meneroka keindahan pulau dan suasana
penduduknya sama ada dengan kembara berjalan kaki (hiking), berbasikal (boleh
disewa) atau menggunakan khidmat bot untuk melawat pulau-pulau lain yang
terdapat di delta Sungai Kelantan.
No comments:
Post a Comment