Saturday 4 June 2022

LOKAN SEJENIS KERANG BESAR

  
Pasti ramai di antara kita yang pernah melihat lokan dijual tetapi mungkin tidak ramai yang pernah makan isi lokan ini kerana bukan mudah untuk dibeli kecuali pada musim tertentu atau di kawasan khusus yang ada menghasilkan lokan. 
 
Lokan adalah haiwan bercengkerang jenis moluska yang tinggal di dalam lumpur air payau. Hidupan ini terdapat di kawasn berair di tepi laut atau di kawasan tepi sungai yang mempunyai habitat sesuai untuk lokan hidup di dalam pasir atau lumpur atau di kawasan berpasir. 
 
Lokan merupakan hidupan yang mempunyai 2 cengkerang yang keras dan mempunyai warna puih kelabu, kekuningan, belang kehitaman bergantung kepada habitat di mana ia hidup. 
 
Saiz lokan di antara 4 - 15 cm yang berbentuk seperti kulit kerang tetapi permukaan kerang adalah licin dan ada juga yang berketak-ketak. 
 
Setiap biji lokan boleh dibuka kerangnya dan mengandungi isi lokan yang berwarna kelabu putih yang lembut. Isi lokan ini terletak di bahagian tengah dan melekat kuat pada cengkerang. 
 
Lokan adalah hidupan yang makan dengan menapis air dan menyaring zat dalam air. Lokan paya bakau mampu hidup dalam keadaan tanpa air untuk jangka masa yang lama. 
 
Lokan mengandungi vitamin larut lemak (A, D, E, dan K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, dan niasin), serta merupakan sumber utama mineral yang diperlukan oleh tubuh, seperti iodium (I), besi (Fe), seng (Zn), selenium (Se), kalsium (Ca), fosfor (P), kalium (K), flour (F), dan lain-lain.
 
 

No comments:

Post a Comment