Pengibaran
bendera separuh tiang dilakukan sebagai tanda berkabung atas
peristiwa-peristiwa tertentu seperti kemangkatan Seri paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong; kemangkatan
DYMM Raja-Raja dan DYMM Raja Permaisuri; TYT Yang di-Pertuan Negeri dan
isteri-isteri; dan kematian pembesar-pembesar negara asing bagi menunjukkan
rasa hormat dan simpati Malaysia kepada negara berkenaan.
Mengibar
bendera separuh tiang juga dilakukan sebagai tanda bersedih di atas berlakukan
sesuatu tragedi.
Keputusan
untuk mengibarkan bendera negeri dan Persekutuan pada separuh tiang adalah hak
istimewa yang diberikan kepada ketua-ketua negeri dan negara.
Justeru,
dalam sesuatu perkara pengibaran bendera separuh tiang tidak sama untuk setiap
negeri. Contohnya, dalam isu pengibaran bendera separuh tiang untuk menzahirkan
penghormatan kepada nasib penumpang dan anak kapal MH370 pada tahun 2014, tidak
semua negeri berbuat demikian.
Negeri
mempunyai undang-undang yang berbeza daripada Kerajaan Persekutuan dan beberapa
perkara jatuh di bawah prerogatif ketua-ketua negeri.
Ketua-ketua negeri-negeri adalah pihak berkuasa tertinggi di negeri masing-masing
dalam hal-hal tertentu, termasuk dalam menentukan pengibaran bendera separuh tiang.
No comments:
Post a Comment