Ketam kayu alat digunakan melicinkan kayu (papan dan lain-lain). Ketam kayu atau juga dipanggil ketam tangan banyak jenis mengikut fungsinya seperti ketam betina, ketam lidah, ketam panjang, ketam golek, ketam pangkas dan ketam pelicin.
Memang
generasi sekarang kurang mengenali ketam kayu. Pertamanya kerana kegunaan
ketam telah dilakukan oleh mesin walaupun mesin itu sebenarnya juga masih
dipanggil ketam.
Keduanya,
kerja-kerja kayu ini semakin kurang kerana bahan binaan rumah sekarang ini
lebih banyak menggunakan batu bata dan besi.
Ketiganya,
kerja-kerja kayu kini dilakukan di bengkel, berbanding dulu dibuat di tempat di
mana rumah dalam proses pembinaan.
Pada
masa dulu, proses mengetam kayu memang antara aktiviti paling banyak dilihat di
tempat rumah dididikan. Kayu diketam bukan saja untuk melicinkan permukaan,
tetapi juga untuk 'membetulkan' kedudukan permukaan kayu.
Ia
juga proses untuk 'membuang' sedikit permukaan kayu tanpa menggunakan gergaji.
Ketam
kayu tradisional bentuknya ringkas.
-
Bahagian utama ialah blok ketam atau badan ketam. Bahagian utama ini berbentuk
balok ukuran sekitar 25 x 7,5 x 5,5 cm dengan bahagian dasar sangat rata dan
halus. Badan ketam diperbuat dari kayu yang terbaik atau keras.
Pada
bahagian tengahnya dilubangi sedemikian rupa untuk mata pisau beserta pasak
pengunci.
-
Batang pegangan atau tangan ketam: Terdapat lubang melintang di tengah blok
ketam untuk menempatkan batang kayu sebagai pegangan.
-
Mata pisau utama: Mata pisau selebar sekitar 44mm menjadi bagian penting untuk ketam kayu.
-
Pisau penebal: Berfungsi untuk mengatur ketebalan serutan. Plat pisau ini terhubung dengan
pisau utama dengan sekrup yang dapat menentukan kedudukan pisau penebal
terhadap pisau utama.
- Pasak pisau. Pasak pisau berfungsi untuk mengetatkan kedudukan pisau terhadap blok
ketam.
No comments:
Post a Comment