Sikap segelintir masyarakat membuang sampah di luar tong sampah disediakan pihak berkuasa tempatan menyebabkan banyak tempat di Kelantan kotor serta berbau busuk.
Amat
malang sikap buruk tersebut menjadi amalan penduduk Kelantan yang terkenal alim
dan warak. Gelaran ‘Serambi Makkah’ sudah bertukar menjadi ‘Serambi Sampah’.
Antara
alasan mereka membuang sampah di luar tong adalah kerana tong yang sediakan
tinggi. Sukar untuk memasukkan kerana ia berat dan kotor. Lebih-lebih lagi jika
perempuan atau kanak-kanak yang membuang sampah.
Tambahan,
di sesetengah tong sampah, kadaan di tepi tong sampah becak yang akan
mengotorkan kasut atau selipar, sedangkan selepas itu mereka hendak masuk
kereta dan seterusnya pergi ke tempat kerja.
Satu
lagi alasan ialah jika mereka masukkan ke dalam tong sampah, akhirnya sampah
akan melimpah juga. Sampah tetap kena diletakkan di luar tong. Sampah tidak
dipunggah biarpun sampah telah penuh di dalam tong.
No comments:
Post a Comment