Rasa
lapar mempunyai daya yang sangat besar dalam mendorong diri seseorang untuk
melakukan ketaatan. Ia melemahkan nafsu syahwat yang selalu mendorong kepada
keburukan, biarpun kuatnya tekanan hawa nafsu itu pada diri seseorang.
Sahal ibn Abdullah berkata: “Demi Allah, Yang tidak ada Tuhan selain Dia,
orang-orang yang terbiasa melakukan apa yang dibenci Allah tidak akan berubah
menjadi orang-orang yang melakukan apa yang dicintai Allah, kecuali dengan
lapar. Manusia tidak akan menjadi manusia yang benar kecuali dengan lapar.”
Ibrahim
Adham menyatakan: "Aku telah menerima suatu riwayat bahawa Iblis melihat
Nabi Isa berlapar-lapar di malam dan siang hari. Iblis bertanya, “Mengapa kau
berlapar-lapar seperti itu? Maukah kamu aku bawakan makanan?’
Nabi
Isa menjawab, “Kamu tahu bahawa sesungguhnya jika aku berkata kepada
gunung-gunung dan lembah-lembah ‘Jadilah kalian makanan atas izin Allah’,
mereka pasti menjelma menjadi makanan. Kamu adalah musuhku dan hawa nafsu
adalah mata-matamu yang ada padaku.”
Rasulullah SAW bersabda bahawa
sepertiga bahagian perut hendaknya diisi dengan makanan, sepertiga diisi dengan
air dan sepertiga lagi dibiarkan kosong untuk udara.
Ketika hadis ini terdengar oleh
seorang falsafah, dia terperanjat dan berkata: "Baru sekarang ini aku
mendengar perkataan yang sangat tepat dan baik untuk mengurangi makan. Tidak
diragukan lagi, inilah kata-kata ahli hikmah.".
Hari
ini kebanyakan orang mati bukan kerana kekurangan makanan, tetapi disebabkan
terlebih makan. Amalan makan lebih banyak mendatangkan masalah kepada kesihatan
mengakibatkan diri mengidap penyakit berbahaya sehingga membawa kepada maut.
Sebab
itu, cara terbaik untuk mencegah penyakit berbahaya ialah dengan mengawal
makan. Makanlah sekadar untuk keperluan menjaga kesihatan dan memberi tanaga
untuk aktiviti seharian.
Kebanyakan penyakit berasal dari
banyak makan. Apabila banyak makan, maka lemak akan berkumpul di dalam usus dan
urat, akibatnya timbul bermacam-macam penyakit, sehingga terhalang untuk
beribadah dan hati sentiasa gelisah sehingga menghalangi zikir dan fikir.
Di
samping itu perlu makan ubat, berpantang, harus mengunjungi doktor, memeriksa
tekanan darah memeriksa najis. Pendek kata, mereka akan terperangkap dalam
banyak peraturan akibat banyak makan dan tentu saja harus mengeluarkan banyak
wang.
Belum lagi kesusahan dan penderitaan yang harus dirasakannya. Hanya orang yang
dapat menahan lapar yang selamat dari musibah ini.
No comments:
Post a Comment