Monday 7 March 2022

JENIS PERMAINAN BUDAK DAHULU

 
Ibu bapa pada masa dahulu tidak perlu memikirkan untuk membeli peralatan permainan dan gejet untuk anak mereka. Kanak-kanak dahulu bijak untuk menggunakan apa sahaja sumber alam yang ada di sekeliling mereka untuk dijadikan bahan permainan. 
 
Tanah, lumpur, sungai, selut, bendang, semak, bawah rumah, atas pokok dan sebagainya adalah medan tempat kanak-kanak dahulu bermain. 
 
Apa sahaja sumber alam yang ada di sekeliling mereka adalah gelanggang permainan. 

Masa dahulu tidak ada taman permainan kanak-kanak, tiada taman tema dan pelbagai jenis tempat rekreasi seperti sekarang, tetapi kanak-kanak dahulu juga hidup bahagia dengan cara mereka.

No comments:

Post a Comment