Penubuhan
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merupakan satu
sejarah besar kepada pekembangan Islam di Kelantan. Ia satu bukti usaha pihak
istana ingin memperkukuhkan dan menyediakan satu badan khas untuk mentadbir
urusan keagamaan dan kebajikan bangsa Melayu di Kelantan.
Penubuhan
MAIK dilakukan pada 24 Disember 1915 bersamaan 16 Safar 1334 dilakukan atas
titah Sultan Muhammad Keempat (1900 - 1920). Dengan adanya MAIK segala urusan
keagamaan dikendalikan oleh pegawai mempunyai kemahiran khusus dan sumber
kewangan yang dirancang untuknya.
Sultan
Muhammad Keempat mengampuni perkenan penubuhan MAIK setelah mendapat cadangan
dan pandangan daripada tiga orang ulama dan cerdik pandai Melayu. Mereka ialah Nik
Mahmood Bin Nik Ismail (Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja), Muhammad bin Khatib
Muhammad Said (Datuk Laksamana) dan Muhammad Yusof Bin Ahmad (Tok Kenali).
Pemasyuran
penubuhan MAIK disempurnakan Sultan Muhammad Keempat dalam suatu istiadat
gilang gemilang di Pejabat Tanah lama Kota Bharu, di hadapan orang-orang
kenamaan negeri, dengan disaksikan oleh sebahagian besar rakyat Kelantan.
No comments:
Post a Comment